WWW.LISTEN2QURAN.COM 2 2

Tuesday, April 5, 2011

JANGAN Sombong dan JANGAN Lupa Daratan (**READ**) Pagi ini aku baca email, rasanya macam tak sedap hati pulak kalau tak post kat sini. Bagi aku e

ini keratan email tu:

baca sampai habis keratan dibawah, kalau sekiranya berguna kepada anda JUST SAY THANKS.

=========================================

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
>>
>>
>> Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
>> perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
>> kereta Waja yang berprestasi
>>
>> tinggi yang baru sahaja dibelinya.
>>
>> Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
>> kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia
>> memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
>>
>> Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut;
>> anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat
>> mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive
>> muda tersebut
>>
>> menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil
>> tadi berdiri.
>>
>> Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak
>> kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang
>> terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu
>> kasar...
>> siapa kita ?
>>
>> "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu
>> kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
>> buat ini semua ?
>> jerit Executive tersebut..
>>
>> Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta
>> maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya
>> melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya
>> panggil".
>>
>>
>> Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh
>> dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di
>> sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
>> Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
>>
>> Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil
>> tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke
>> kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
>>
>> Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
>>
>> Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat
>> dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan
>> cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya
>> akan kesejahteraan hidupnya.
>>
>> Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek
>> teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya
>> bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
>> seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
>>
>> perhatian .
>>
>> Pengajaran
>>
>> Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria
>> tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan,
>> menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
>> sebenar-benarnya.
>> Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
>>
>>
>> LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ
>> YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAUTIDAK
>> PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN
>> KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
>>
>> KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
>> WASSALAM.
>>
>> KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
>>
>> 'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
>>
>> Tafsirannya:
>> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
>>
>> Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>>
>> Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
>> dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
>> tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
>> umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di
>> atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
>> Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
>> ahad.) sebanyak 3 kali.
>>
>> Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
>> Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
>> berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
>> Amalkanlah bersolat
>> kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat
>> akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
>>
>> Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
>> sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
>> amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
>> menjawab salam malaikat itu.
>>
>> Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
>> 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka
>> sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang
>> menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
>>
>> Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
>> sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
>> adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca
>> Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
>> seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
>>
>> Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
>>
>> Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
>> meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
>> selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
>> membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
>> menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
>>
>> Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya
>> Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa
>> dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
>> Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
>> Qur'an dalam begitu cepat..
>>
>> Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
>> bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
>> pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina
>> Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan
>> mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
>>
>> Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
>> kitab Al-Quran.
>> Lalu dengan membaca
>> surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
>> dengan membaca 30 jus Al-Quran.
>>
>> Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
>> bersabda:
>>
>> Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
>> Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
>> sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
>>
>> Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan
>> luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke
>> barat.
>> Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
>> kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
>>
>> Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata
>> mereka: Wahai Tuhan kami,
>> sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
>> yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
>>
>> Sabda Rasulullah SAW lagi:
>>
>> Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
>> itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu
>> tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis
>> pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
>> pada sayap malaikat Israfil a.s.
>>
>> Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap
>> satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
>> perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
>>
>> Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan
>> petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
>>
>>
>>
>> Nota:
>> Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,
>> sampaikanlah ilmu ini
>> kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
>> 'Sampaikanlah pesananku
>> walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
>> seseorang anak Adam itu, hanya
>> 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
>> 1) Sedekah/amal
>> jariahnya
>> 2) Doa anak-anaknya yang soleh
>> 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang
>> lain.