WWW.LISTEN2QURAN.COM 2 2

Thursday, February 25, 2010

MEMANFAATKN KEKAYAAN DA KESIHATAN BHG 2

Kesihatan adalah antara kurnia Allah S.W.T yang sangat berharga dan suatu nikmat yang wajib dijaga dengan sebaiknya.Sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kesihatan disifatkan sebagai mencampakkan diri ke lembah kebinasaan.Ramai orang yang tidak menghargai kesihatan anugerah daripada Allah S.W.T itu.
Justeru kita melihat kalangan yang terlibat dengan benda yang boleh membinasakan diri,misalnya penyalahgunaan dadah,ketagihan arak dan rokok.Alangkah malangnya jika antara kebiasaan yang buruk itu mengakibatkan mereka diseran oleh penyakit maut iaitu AIDS.
Hampir seluruh kebahagian dan kenikmatan hidup bergantung dengan kesihatan.Makanan yang lazat menjadi sebaliknya apabila deman.Tilam yang empuk memberikan kerehatan semasa tidur,namun apabila seseorang itu sakit tenat,tilam yang empuk telah menyiksanya kerana dia terpaksa terbaring sepanjang masa.Akhirnya tilam itu bagaikan penjara baginya