WWW.LISTEN2QURAN.COM 2 2

Monday, December 28, 2009

PENUHI MASA MUDA UNTUK KEBAHAGIAN MASA TUA BHG AKHIR

Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah,kudrat tenaga sudah lemah,selera makan sudah menurun meskinpun disajikan makanan yang serba lazat.Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan fizikal semakin lemah dan keterbatasan telah melingkungi dirinya.

Dalam situasi demikian,mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga.Oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan.Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah S.W.T itu,akan ditanya semula pada hari perhitungan kelak kerana usia muda itu bukan sahaja suatu anugerah tetapi juga adalah suatu amanah,pasti akan ditanya oleh Penganugerah-Nya,gerangan apakah usia muda itu dipergunakan?Sama ada untuk melakukan ketaatan ataupun sebaliknya.

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin,sama ada dibidang ilmu ataupun amal,pasti akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran.Jika tidak,maka Allah S.W.T telah mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus"

Surah at-Tin(95: 4,5 dan 6)