WWW.LISTEN2QURAN.COM 2 2

Friday, December 18, 2009

PENUHI MASA MUDA UNTUK KEBAHAGIAN MASA TUA BHG 1

"Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya,pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

ALLAH S.W.T menganugerahkan peluang secara percuma untuk hamba-Nya.Kita diminta supaya merebut peluang-peluang itu serta memanfaatkan sepenuhnya.Jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya,pasti mereka akan menanggung kerugian kerana di sebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimum R.A,bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W telamenyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki,dengan sabdanya yang bermaksud

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain,iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk,dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian"